Friday, January 18, 2013

Kerja Siapa???????

Semalam.. kami serumah dikejutkan dengan kejadian di luar kotak fikiran manusia normal.. Dimana kami serumah mengalami fenomena PELIK tapi BENAR apabila kawasan rumah sewa kami diletakkan dengan satu beg plastik yang mengandungi sisa buangan manusia yang tidak normal.. Persoalannya sekarang siapa yang patot kami tuduh? Mengikut kata hati kami .. orang itu adalah orang seberang rumah yang kami tidak pasti warganegara mana (gaya mcm warga asing je).. Yang lagi memeningkan kepala.. adakah ini satu ugutan yang bakal mengancam nyawa kami?? Mungkin ini satu gurauan kasar yang boleh mengundah pergaduhan?? Haiyaaa... Jangan buat macam2 la wehh.. negara nie ada undang2.. kalau ada rasa tidak buat hati.. sila bincang atau tegur kami elok2.. jangan buat taik la.. Kami datang sini sebab nak menimba ilmu.. bukan nak gaduh gan korang.. setakat nie la.. kami tak penah pulak cari pasal gan korang..?? Kata owner rumah yang kami sewa tu.. ini kejadian pertama.. Ade spe2 bley bg tau motiff lain?????


Wednesday, September 19, 2012

Cendawan @ Alga Mekah


Sebenarnya.. bende nie aq baru tau.. Kesian kat aq kan?? Laaa ni.. Aq saje nak share kt korang.. kot-kot korang nie macam aq gak.. hehehehe..


Bende nie memang hidup.. Korang letak je dalam balang jernih.. pastu korang bancuh teh (tak kira la jenama ape) + gula separuh paket. Tapi korang jangan la pulak tuang teh panas2 tu kat cendawan tu.. Abis rosak nanti.. tunggu sejuk ( betul2 sejuk bukan suam2 kuku tau! ). Pastu tuang dalam balang.. kemudian tutup balang tu dengan kain putih  ( macam gambar kat atas nie) .. tunggu sampai 14 hari pastu minum je la..


Cara nak minum senang je.. cedok je 3 sudu air dalam balang tu + air masak = bubuh dalam gelas kacau dan minum.. Tapi kalau mula2 nak cuba tu.. 1 sudu pun cukup.. =) amalkan 2 kali sehari bangun pagi dan sebelum tido.. (Rasa air nie masam2.. pastu rase macam bergas sikit)

CENDAWAN @ ALGA MEKAH ni memang berkhasiat untuk merawat penyakit seperti :

- Kanser
- Strok
- Kencing Manis
- Migrain
- Tyroid
- Gastrik
- Gout
- Batu Karang
- Sembelit/Susah buang air besar @ air kecil
- Lenguh Sendi
- Tekanan Darah Tinggi
- Batuk Berpanjangan
- Asma
- Keletihan/Susah Tidur/Tidur Tak Lena
- Sakit Pinggang/Belakang
- Alergik
- Gigitan Binatang Bisa
- Menguruskan Badan (Buang Toksin)

Dan macam2 lagi jenis penyakit yang kronik ( Insya-Allah).

Takenote 
*Perempuan mengandung tidak boleh minum..

Takat nie saja la aq membebel untuk kali nie.. saje nak share kat korang.. lagi pun tak guna aq nk simpan dlm otak lama2.. esk lusa lupa gak.. ok la.. dadadididudu...=)


Saturday, June 16, 2012

AL-Kisah kita KAWAN2!

Habis sudah CABARAN kita kt kkss kwn2.. cepatkan masa berlalu.. kadang2 susah aq nk percye dah dua thon kita belajar, jatuh dan bangun bersama kn? setiap dugaan kita sama2 tempuhi.. menangis.. ketawa,. dah jadi kawan karib kita semua.. COPY PASTE plak dh jd trend kita sejak azali lagi kan? Namun yg menjadikan DUNIA BELAJAR kita indah bila kita smua sentiasa memahami kawan2 kita... kadang2  terlepas CAKAP jugak kita kwn2.. merajuk kwan2 kita.. kadang2 tercarot plak kat dia.. kecik aty dia kwan2.. tapi dalam pada kita dok BERCAKAR tu.. kita cepat je baik kan kwn2.. sbb kita pham.. mungkin dia penat.. mungkin dia ada masalah.. time kasih kwn2.. kita saling lengkap melengkapi.. kwn2.. teringt aq detik2 kita MEREMPIT bersama2.. time tu sronok kn? konvoi rmai2.. tp kdang2 tak cukup korum.. yea la.. ade yg cpat ada yg lambat.. adat la biler kelas hari ISNIN malas je rse nk pg kelas time tu kan kwn2? Indah kan dunia kita kwn2.. kdg2 kita lepak makan LAKSA BUYUNG hmm.. sedap gilerr kata kau! time tu.. mcm2 ragam kita kn kwn2.. rse mcm nk tergelak pown ada time tu.. hahaha.. org tgk kita mcm bebudak kn? masa tu kita PEDULI ape kn kwan2? bg kita dunia kita .. suka hati kita la kn kwn2? Klu kita gelak.. amboii MAKDATUK! kdg2 dh mcm PONTIANAK kita gelak.. argghhhhh peduli ape kn kwn2? KKSS kita yg punya kn time tu kn kwn2! hahaha.. PEDULI APE! Kakak kt Kafe tu kdg2 geleng kepala tgk kita berebut2 time nk beli makanan.. time tu kita ckp.. BIASA LA.. TIME NI JE NK BEREBOT2 psni TAKDE dah.. Sedih je kan wktu tu.. tapi aq tau kita semua PELAKON YG HEBAT muka je selamba.. tp HATI kita SEBENARNYA tgh MENANGIS! Spe yg xsedih kn kwn2.. disini DUNIA kita.. Kdg2 biler org buat kwn2 kita, kita naik HANGIN skali kn kwn2.. ye la.. CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN JUGA TERASAKN??? kdg2 kita sesama kwn2 pown kita BERCAKAR! ye la bile dh mcm ADIK-BERADIK.. kdg2 xbley TERLEBIH dan TERKURANG kn??? TP KEJAP  je pown pastu OKEY blik..! Seronok SGT2.. biler kita ada ABANG, KAKAK, ADIK2 dlm kelas kn kwn2? Wlupown kita nie HAMPIR sebaya kn? SEKARANG kita dah BERPISAH kwn2.. Kita KEMBALI ke DUNIA ASAL kita.. Hehehe.. kejap je pown kwn2.. nnt kita JUMPA lg okey! SALAM PERPISAHAN DARI AKU - BETTY- GUD LUCk utk DESTINASI kita seterusnya! =)


KITA SAHABAT DUNIA AKHIRAT TAU!

Monday, October 24, 2011

DUniA KaMI ...




Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?

Ramai suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat benar-benar terjadi.

Sunday, September 25, 2011

hari raya tanpa TOK MAK .. !! 2011

tanggal 27 ogos 2011 - aku dikejutkan dengan berita permergiaan nenek (tok mak) aku ke pangkuan ILAHI  .. dan.. sehingga hari ini aku seolah-olah tidak percaya yang aq baru kehilangan arwah. Dan tanggal 27 ogos ni la.. menjadi titik penamat buat kami sekeluarga apabila pertama dan terakhir kali-nya berbuka puasa dengan arwah untuk tahun ni.. mungkin kesibukkan berkerja berpunca kami jarang berjumpa ketika di bulan RAMADHAN ni.. namun disebalik kepahitan.. terselit satu KENANGAN yang tidak mungkin dapat kami sekeluarga jual beli.. ya.. terima kasih pada arwah yang sentiasa ada ketika susah dan senang bersama kami.. Alhamdulillah.. dalam kesibukan berkerja.. sempat lagi kami berbuka puasa dengan arwah.. tiada nada TERKILAN apabila kami sekeluarga sempat berbuka bersama arwah serta sempat menbelikan juadah berbuka ( ikan terubuk bakar dan pecal) untuk arwah..


 
satu-satunya gambar arwah yg ada dlm simpanan aku.. ni pown gambar 12tahun dulu (klu xsilap la)

hmm.. skrg ni smuanya tinggal kenangan..arwah sempat bagi beberapa biji gula2 seperti ari2 biasa.. smpai sekrg gula2 tu msih dlm simpanan aku..


 2mggu sblom tu arwah sempat la bagi  baju kurung lme milik arwah untuk kegunaan aku , mama n.. adik2 aku.. ketika tu.. arwah ckp.. dia xsangka kami akan terima baju yang tidak seberapa tu? cpat2 mak aq cakap blik.. klu org nk bagi... kami akan terima.. sbb hari2 kat opis pakai baju kurung..  last2 satu kotak kami dapat... huhuhu.. arwah yg beria2 suruh kami ambik sbb dia ckp.. lpas ni xde lg dh.. dalam byk2 perkara.. ade gak la KEPELIKKAN bila arwah ckp..  " MAK (tok mak) bagi siap2 baju ni.. mak sloro gan kak yan.. slalu org nak mati je bagi baju ni.. ni mak awal2 dh bagi dulu.. " ada lagi ayat arwah yang masih aku ingat ketika arwah memberikan rm5 kepada kami adik-beradik " ni tok bagi dulu rm5 ni utk kome adik-beradik.. raya nanti tah ade ke tak.. kita tak tau.. " time tu.. aku dh terasa kelainan .. namun aku cepat2 berfikiran positif.. mungkin maksud arwah.. time raya nanti .. arwah takde duit.. hmm.. perkara2 yg  last aku nampak bila selesai sahaja berbuka puasa apabila kesemua juadah berbuka arwah suruh hantar ke hadapan dan arwah ckap '' tak nak dah'' berbeza dengan situasi yang lain.. klu ade pape yang di beli oleh abah gan mama.. klu arwah dah kenyang arwah akan suruh '' simpan la lauk tu kat peti ais. esk tok boleh makan balik''






hmm.. tp.. alhamdulillah.. kami sekeluarga redha dgn pemergian arwah.. pagi raya 30 ogos di smbut dgn ala kadar sahaja.. namun kami sanak-saudara diberi angpau raya dari pada arwah tok mak yang di sediakan sebelum arwah meninggalkan kami.. mmg sebak kan?? yg pnting.. kubur arwah tok mak dan arwah tok pak bersebelahan seolah-olah kembali bersanding.. kata org.. klu mcm tu.. mngkin ade janji antara kedua2nya.. wallahualam..